"Tak Berani Pecahkan Tingkap, Nanti Kena Ganti" - The Reporter

“Tak Berani Pecahkan Tingkap, Nanti Kena Ganti”

Peristiwa raya ketiga. Do not hesitate to save a life. 

Kami dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Cameron Highlands. Sangkut di trafik Simpang Pulai, ternampak sebuah kereta berhenti di tengah-tengah jalan dengan beberapa orang berkerumun di luar keretanya. 
“Kereta rosak agaknya…”
Sampai-sampai di sebelah kereta itu, seorang uncle yang agak berumur ‘hyper-ventilating’ seorang diri di dalam kereta tersebut. Rupa-rupanya dia terkurung dalam kereta rosak di tengah-tengah panas terik. 
Mulutnya berbuih, pintu pula tidak dapat dibuka. Orang ramai di luar cuba menjerit untuk mengejutkannya sementara yang lain cuba membuka pintu kereta menggunakan dawai besi dan beberapa peralatan yang lain. 
Situasi menjadi cemas, kami turut berhenti di tepi jalan untuk membantu. Dua orang doktor, Liyana Zainal dan suaminya, Khairul Hafidz Alkhair melihat keadaan uncle itu terus membuat keputusan segera untuk memecahkan salah satu cermin kereta. Mujur ada pemandu lori yang berhenti ada membawa tukul besi. 
Buka-buka pintu, suhu di dalam kereta teramat panas. Uncle itu dalam keadaan separa sedar dan tidak mampu bercakap. Lalu khidmat Ambulans dipanggil. 
Selang beberapa ketika, uncle itu tersedar dan dibawa keluar. Kami gunakan handphonenya untuk menghubungi anaknya. Rupa-rupanya uncle memang sakit dan sedang dalam perjalanan untuk membuat rawatan dialisis. Bantuan terus diberikan sehingga ambulans tiba di tempat kejadian. 
Saya fikir, kenapa tak pecahkan tingkap keretanya dari awal? Ada yang berkata mereka takut dipertanggungjawabkan. Iyalah, kalau sudah pecah, perlu diganti pula.
Namun, adakah berbaloi nilai cermin tingkap berbanding dengan nyawa? Walaupun tak pasti, tidakkah anda terfikir yang mangsa boleh kehilangan nyawa untuk anda mengambil tindakan itu? Kalau doktor tak suruh pecahkan tingkap, sampai bila nak tunggu? Sampai masanya sudah terlambat untuk berbuat demikian?
Life is priceless. If I’, ever put in a similar situation, I sincerely hope people won’t hesitate. Harap uncle tadi selamat. – Aiman Zainal | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!