Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kisah jenazah bayi yang dibekukan oleh sebuah hospital swasta mengundang kecaman ramai dan meruntun emosi sesiapa sahaja.
Menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin, penahanan jenazah tanpa sebab syarie seperti kes pembunuhan atau kemalangan adalah tidak wajar. Penahanan disebabkan masalah pembayaran kos bersalin bukanlah alasan yang dibenarkan dalam syarak.
Tindakan berkenaan juga disifatkan sebagai penganiayaan yang bertentangan dengan hukum syarak.
Menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin, penahanan jenazah tanpa sebab syarie seperti kes pembunuhan atau kemalangan adalah tidak wajar. Penahanan disebabkan masalah pembayaran kos bersalin bukanlah alasan yang dibenarkan dalam syarak.
Memetik laporan dari Buletin TV3,beliau menegaskan, jenazah seorang Muslim perlu segera dikebumikan melainkan terdapat keuzuran tertentu seperti menunggu wali dalam masa yang singkat atau siasatan sebab kematian.
Jika bayi yang meninggal berusia enam bulan ke atas, maka jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah dewasa – dimandikan, dikafankan, disolatkan, dan dikebumikan.
Namun, jika terdapat keperluan kritikal seperti bedah siasat untuk kes pembunuhan atau kemalangan, pengebumian boleh ditangguhkan selama tidak menyebabkan jasad berubah.
Perbuatan hina fizikal bayi
Dalam pada itu, Dr. Mohd Hapiz turut menegur perbuatan menghina fizikal jenazah bayi tersebut. Menurutnya, Islam menekankan adab menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.
“Terdapat sebuah hadis lain daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bukan daripada kalangan orang yang sempurna imannya mereka yang suka mencela, suka melaknat dan suka berkata-kata kotor (HR Ahmad),” katanya.
Tambah beliau, menghina fizikal atau kekurangan seseorang juga dilarang kerana manusia adalah ciptaan Allah SWT yang dijadikan dalam keadaan sempurna (ahsani taqwim).








