Sedang saya berjalan-jalan di gerai-gerai jualan di sebuah mall, saya tertarik untuk singgah di sebuah gerai yang menjual produk kecantikan. Produk utamanya adalah produk pemutih. Yang tauke jaga kedai itu ada, sambil mendukung bayinya yang kedua yang saya anggar berusia 5 bulan. Sementara itu, anak pertamanya berusia lingkungan setahun lebih bermain di belakang gerai.
Akak itu cuba menyakinkan sya untuk membeli produknya. Harganya? Mak aih, mahalnya. Satu kotak RM120, itu pun harga offer, katanya.
Iyalah, sekarang dah macam trending pula produk pemutihan di kalangan remaja.
Akak itu cuba menyakinkan aku untuk membeli produknya itu. Tak pasal-pasal dia menjadikan anaknya sebagai contoh perbandingan kedua-dua anaknya dari segi warna kulit.
Katanya, ketika mengandungkan anak pertama, dia tidak mengamalkan produk tersebut. Sebaik saja anak pertamanya dilahirkan, kulitnya agak gelap.
“Memanglah, dah ayah dia gelap,” kata saya dalam hati.
Akak itu siap kata dia menyesal tak makan produk pemutihan ini ketika mengandung anak pertama. Selepas itu, bila mengandung anak kedua, dia cuba mengamalkan produk tersebut. Akhirnya, anak keduanya dilahirkan dengan kulit yang agak cerah sedikit berbanding dengan anak pertama.
Apa yang membuatkan saya paling tidak boleh terima ialah,
“Akak bersyukur, alhamdulillah anak akak yang kedua ini putih. Tak macam anak yang pertama itu,” katanya sambil membuat gaya muka.
Serius aku tersentap. Akak ini lebih mementingkan warna kulit anak putih dan comel sahaja ke? Dia tak tahu yang dia sepatutnya bersyukur dapat anak yang sempurna dan sihat walafiat. Setiap anak ada kelebihannya tersendiri. Janganlah dihina makhluk yang diciptakan Allah, lebih-lebih lagi anak sendiri.
Seperkara lagi, kita selalu mengagungkan mereka-mereka yang berkulit cerah ini. Asal cerah saja, cantik. Sampai yang berkulit gelap pun kita hina dan rendah-rendahkan.
Kadang-kadang makcik atau saudara mara suka membandingkan apa yang Allah ciptakan. Astaghfirullah, busuknya hati kita. Bukankah Allah itu maha adil dan Dia menyempurnakan ciptaaNya dalam bentuk yang sebaik-baiknya? Janganlah kita memandang seseorang melalui rupa, nilailah melalui hati. – Farah | PIXEL MEDIA