Syamsul enggan ceraikan Puteri Sarah, Mahkamah perintah kedua-dua pihak lantik wakil JKP - The Reporter

Syamsul enggan ceraikan Puteri Sarah, Mahkamah perintah kedua-dua pihak lantik wakil JKP

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dilaporkan enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah dalam prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini. 

Peguam Syarie, Rushdan Sujak yang mewakili Syamsul, selaku defendan berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah, selaku plaintif. 

Mahkamah kemudian memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu. 

Puteri Sarah sebelum itu dilihat tenang dan gembira ketika tiba di mahkamah pagi tadi. Ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata, dia sudah lama reda dan berharap hari ini akan bermulanya buku baharu dalam hidupnya. 

“Kedua ibu bapa saya tak datang hari ini, begitu juga kedua mentua. Saya tahu mereka sedih, tapi jauh di sudut hati mereka, tetap mahu saya gembira dan membahagiakan diri sendiri,” katanya.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lebih setahun dia tidak bertemu dengan suaminya itu dan dia nekad untuk menuntut perceraian selepas berdedpan dengan krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu, lebih-lebih lagi apabila mengetahui Syamsul berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar. 

Sementara itu, Syamsul hadir ke mahkamah pagi tadi dengan lengkap bersongkok dan berkaca mata hitam juga kelihatan tenang. 

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!