Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun dan rogol maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kediaman di Wangsa Maju, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari selepas pihaknya menerima laporan berhubung kes pecah rumah di kawasan itu.
Dua anggota polis yang tiba di lokasi memperkenalkan diri sebelum seorang lelaki membuka pintu rumah. Suspek berusia 26 tahun itu dilaporkan menyamar sebagai penghantar barang sebelum membuka pintu rumah dan bertindak agresif menyerang polis dengan sebilah pisau.
“Suspek turut menumbuk muka dan menggigit tangan salah seorang anggota, tetapi berjaya ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan,” katanya.
Tidak lama selepas itu, suspek mengadu sesak nafas. Pasukan perubatan yang tiba 40 minit kemudian mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia.
Baca juga:
- Sultan Selangor kagum keberanian aktivis Malaysia dalam misi kemanusiaan ke Gaza
- ‘Lantik warden dalam kalangn cikgu lebih sesuai’ – Timbalan Menteri Pendidikan
- MyCARE tuntut pembebasan sukarelawan Malaysia
Empat wanita dijadikan mangsa
Siasatan mendapati ketika kejadian, empat wanita berada di dalam rumah berkenaan. Suspek mengikat tangan semua mangsa sebelum mengurung tiga daripadanya di bilik utama.
Seorang lagi mangsa dibawa ke bilik berasingan dan dirogol dua kali, termasuk di dalam bilik mandi. Semua mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian muka, tangan dan badan. Selain itu, suspek turut melarikan wang tunai RM200 dan kad ATM milik mangsa.
Menurut Fadil, suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan samun. Bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang dijalankan, sementara laporan makmal dimohon untuk menentukan punca sebenar kematian.
“Pemeriksaan forensik tidak menemui sebarang kecederaan nyata pada tubuh suspek,” katanya.
Sumber: Berita Harian