Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
MASAI, JOHOR – Tindakan dua lelaki mencuri sebuah iPhone di sebuah kedai alat telekomunikasi mengundang padah apabila salah seorang suspek telah berjaya ditangkap selepas gambar mereka viral di media sosial.
Individu yang memuat naik video kejadian dan gambar suspek berkata, salah seorang suspek yang memakai baju putih di dalam video tersebut telah berjaya ditahan awal pagi semalam.
“Alhamdulillah berkat bantuan semua, suspek sudah ditangkap awal pagi tadi( semalam). Sekarang suspek ada di balai. Sesiapa yang pernah menjadi mangsanya boleh pergi ke balai untuk buat laporan polis,” katanya.
Polis kini masih dalam usaha mengesan rakan suspek dilaporkan cuba melibaskan pisau pada pemilik iPhone yang cuba mendapatkan iPhonenya kembali.
Terdahulu, viral video dan gambar dua lelaki yang didakwa mencuri sebuah iPhone dari sebuah kedai menyebabkan dua kakitangannya terkejut dan tidak sempat menangkap suspek yang pantas melarikan diri.
Dalam video berdurasi 8 saat yang dimuat naik oleh Liza Hamid pada 13 Ogos lalu menunjukkan, salah seorang suspek berbaju putih berpura-pura mahu membeli iPhone dari kedai tersebut sebelum melarikan telefon pintar itu secara tiba-tiba.
Suspek terus berlari ke arah rakannya yang sedang menunggu di motosikal sebelum memecut meninggalkan lokasi kejadian pada 10 Ogos lalu.
Sekarang dia berlegar-legar di kawasan Taman Rinting. Belum sempat nak sergah budak ini dah nak libas owner guna pisau.
Ada yang kata pernah ternampak mereka berlegar-legar di kawasan Taman Rinting. Bermaksud mereka memang sudah bersedia mana-mana kawasan yang mereka dah sasarkan.














