Tindakan pelakon dan usahawan Ifa Raziah memuat naik video senaman punggung di akaun Instagramnya hari ini mengundang kecaman netizen.
“Pagi-pagi kena buat senaman punggung!! Siapa yang paling seksi?? Cuba komen kat bawah,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Dalam video itu, turut menampilkan ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang ‘dijemput’ untuk menjayakan video itu.
Sedangkan sebelum ini, Aliff berkata dia sudah mula mengurangkan aktivitinya di media sosial selepas melihat ramai kenalannya meninggal dunia di usia muda.
“Jujur saya beritahu, saya takut dengan kematian. Saya nak kurangkan bersosial, banyakkan buat amal ibadah dan kebaikan supaya kalau mati nanti ada benda nak dikenang,” katanya.
Di ruangan komen video tersebut, netizen mengakui kesal melihat perbuatan Aliff dan Ifa yang bagaikan sudah hilang perasaan malu dalam diri.
“Saya nak terjoget-joget depan laki sendiri pun malu macam ni. Apatah lagi di media sosial dan depan laki orang,” komen Sweettiey.
“Susah betul nak cari duit zaman sekarang, kan?” komen Mfahmie Shukri.
“Berjuntai pahala dibuang, contoh dahsyat generasi baru. Unfollow now,” komen Haziq.
“Bukan ke hari tu suami dia ni jatuh sakit ke? Tak serik-serik lagi?” komen Alesya.

Sumber: Instagram Ifa Raziah








