Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Atlet Muay Thai muda negara, Johan Ghazali, menegur tindakan aktivis pengguna, Yusuf Azmi, yang didakwa mencemarkan imej komuniti sukan tempur melalui kandungan dan tingkah laku yang dianggap tidak beretika.
Dalam komen terbuka di media sosial, Johan menyifatkan perbuatan itu sebagai memalukan dan menjejaskan usaha ramai penggiat yang membangunkan sukan tersebut sejak awal.
Johan: “Sudah sudahlah memalukan sukan ni”
Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo menegaskan bahawa ramai atlet dan keluarga dalam komuniti Muay Thai telah berjuang membesarkan sukan itu dari bawah. Katanya, munculnya individu yang mengambil kesempatan ketika sukan sedang mendapat perhatian tetapi kemudian berkelakuan tidak wajar menimbulkan kemarahan ramai.
“Sudah sudahlah memalukan sukan ni pakcik. Saya bukan nak kurang ajar dengan orang tua tapi kalau orang tua perangai macam budak, siapa nak hormat.”
Baca juga:
- ‘Papa Zola dan Mama Zila’ versi sebenar
- ‘Politik tanpa ihsan adalah politik tanpa arah’ – Afdlin Shauki
- ‘Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma’ – Lim Guan Eng
“Kita up Muay Thai dari kosong. Pakcik datang bila dah hype pastu buat perangai bangang. Siapa tak marah.
“Penonton bukannya tak ada otak nak percaya dengan gimik sampah ni. Pakcik ni terpaling alim tapi tak rasa budak-budak tengok video macam ni takkan terpengaruh?” katanya.
Beliau turut mengingatkan agar melihat gambaran yang lebih besar dan menghentikan tindakan mencetuskan drama demi perhatian atau wang.
“Add to the solution not the problem. See the bigger picture la pakcik. Jangan fikir nak duit cepat je.”

Ramai sokong teguran Johan
Kenyataan lantang itu mendapat sokongan ramai warganet yang menyifatkan Johan sebagai mewakili suara komuniti sukan tempur. Mereka bersetuju bahawa platform media sosial wajar digunakan untuk menyatukan dan memperkasakan sukan, bukan mengejar tontonan melalui adegan kontroversi.
Penggiat sukan turut bimbang sekiranya kandungan yang tidak matang dan bersifat sensasi boleh mempengaruhi anak muda yang baru mengenali dunia seni bela diri.








