Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Melaka merupakan satu destinasi kunjungan ramai. Selain daripada kunjungan ke tempat bersejarah, pengunjung turut menikmati pelbagai hidangan popular seperti asam pedas dan kuih keria.
Pada 20 Februari baru-baru ini, Melaka telah menyambut ulangtahun pengisytiharan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ke 68. Susulan itu, semua tempat pelancongan di Melaka dibuka secara percuma untuk orang awam.
Difahamkan juga, pasar terapung atau ‘floating market’ juga telah dibuka di Melaka pada tarikh berkenaan. Floating market yang menyerupai jualan yang diadakan di beberapa negara jiran itu menampilkan kelainan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sungai dan Pantai, Datuk Tpr Murad Husin menyatakan mereka menumpukan produk tempatan (Melaka) sebagai jualan di pasar berkenaan.
Selain itu juga, beliau menyatakan produk-produk yang dijual bukan sahaja boleh dibeli melalui darat, malahan pengunjung yang menaiki cruise turut diberi peluang untuk membeli melalui floating market tersebut.
Namun begitu, netizen berpendapat pasar terapung berkenaan tidak mampu bertahan lama. Katanya dengan banyak pertumbuhan pusat membeli belah dan pasar raya, masyarakat lebih memilih untuk membeli barangan di pasar raya.
Sudah luput dari masyarakat
Katanya, pasar terapung merupakan satu perkara yang sudah luput dari masyarakat berbanding di negara Thailand yang diusahakan sendiri oleh rakyat bawahan.
“Aku taruh ia takkan tahan lama. Budaya pasar terapung ini sudah luput dari masyarakat kita. Dulu kita pernah ada, tapi semuanya ditelan dek masa. Kita mahu beli-belah di giant, carre four, tesco, sekarang di jaya grocer dan hero.
“Di Thailand, pasar terapung laris kerana ia datang dari rakyat, ia tumbuh daripada rakyat. Bawah ke atas.
“Pasar terapung kita ini pula hanya suatu kitsch, salinan dari luar yang dibuat sifar jiwa, bukan organik, dipaksa-paksa. Mungkin ada seorang anak Dato yang balik dari Thailand dan teruja dengan apa yang dilihatnya tersebut, lalu mahu menirunya., tanpa mengambil faktor budaya, sosial, ekonomi kawasan kita,” katanya.
Selain itu ramai yang mempertikaikan cadangan pasar berkenaan selain dilihat lokasi yang dipilih tidak bersesuaian.
Sumber: Joe Senjakala, Melakatv