Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Viral gambar kaki dan punggung seorang bayi yang kehitaman dek penyakit, di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen terutamanya golongan ibu bapa. Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Kak Dee berkata, penyakit itu dihidapi oleh anaknya yang berusia sebulan pada tahun 2011.
“Ya, ini anak pertama dan perkara ini berlaku pada tahun 2011. 18 Ogos nanti, genaplah usianya enam tahun.
“Catatan di Facebook itu adalah sekadar mengimbas apa yang berlaku pada masa itu dan juga catatan perjalanan hidup dia agar Suci dapat membacanya di kemudian hari,” katanya ketika dihubungi.
Berdasarkan perkongsian Kak Dee, penyakit yang menimpa anaknya adalah pertama kali berlaku di Malaysia dan ia merupakan penyakit yang jarang berlaku pada bayi yang baru dilahirkan. Semoga perkongsian Kak Dee ini memberi manfaat kepada kita semua.
21 Ogos 2011, Ahad
Jam 11 pagi baru doktor periksa. Doktor siap tanya, “awak bagi jatuh anak awak ye sampai bengkak?”. Adoi, ingat saya kejam sangat ke nak lambung-lambung bayi saya yang baru berusia tiga hari ini? Saya dah menangis pada masa itu. SubhanaAllah. Allah saja yang tahu apa perasaan saya pada waktu itu. Tak fikir pantang dah, jenuh adik sabarkan.
“Ini kes pertama di Malaysia dan kami tidak pernah merawat penyakit sebegini. Di dunia pun penyakit ini sangat rare untuk kanak-kanak sekecil ini. Kami akan sentiasa berhubung dengan pakar kami di Kuala Lumpur bagi rawatan anak puan dari semasa ke semasa.
Pada ketika itu, doktor tidurkan suci dalam keadaan meniarap. Baru dia dapat tidur lena dalam jangka masa yang lama. Tidak menangis seperti kebiasaannya. Tekanan di punggungnya yang membuatkan dia rasa sakit dan menangis tak berhenti-henti.
Keesokkan pagi jam 6 pagi, saya dipanggil dan doktor menunjukkan betapa besarnya bengkak di seluruh perut Suci. Allah, masa itu jiwa saya tak tenang. Berkali-kali bercakap dengan doktor, boleh tak pindahkan Suci ke HKL sebab doktor pun kata, apa-apa rujuk pakar di sana. Saya pun perlukan sokongan moral dari keluarga yang jauh. Jika di Kuala Lumpur, ada keluarga yang boleh memberi kekuatan pada saya.
Terima kasih tidak terhingga pada pihak MAS yang telah mempermudahkan dan memberi layanan lima bintang dan tidak lupa terima kasih pada pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Kota Kinabalu kerana memberi layanan terbaik.



















