Suami tetak isteri dan jirannya yang kantoi 'bercinta' dalam bilik air, selepas terdengar suara mengerang - The Reporter

Suami tetak isteri dan jirannya yang kantoi ‘bercinta’ dalam bilik air, selepas terdengar suara mengerang

Suspek serah diri selepas tetak isteri dan jirannya yang kantoi bercinta dalam bilik mandi
Foto Detik News

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki di Kabupaten Dairi, Sumatera Utara berang lalu menetak isteri dan jirannya selepas mendapati mereka berdua ‘bersetubuh’bercinta’ di dalam bilik air.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Dairi, Rismanto J Purba berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Bakal Julu, pada Rabu, 21 Jun lalu yang membabitkan mangsa wanita ‘A’ berusia 30 tahun dan jirannya, ZAC, 26 tahun.

Curiga bila jiran hantar mesej intim kepada isteri

Rasa curiga mula timbul pada 27 Mei ketika suspek mendapati isterinya menghantar mesej intim kepada ZAC. Suspek segera merampas telefon bimbit isterinya dan menghantar mesej dan bertanya kepada ZAC mengapa dia menghantar mesej sedemikian kepada isteri.

ZAC kemudian membalas, dia hanya sekadar bergurau sahaja dan meminta maaf kepada suspek. Berpuas hati dengan penjelasan itu, suspek tidak lagi memanjangkan hal tersebut.

Pada 21 Jun, suspek mengambil parang dan pergi ke kebun untuk mendapatkan air kelapa. Sementara itu, isterinya pula berada di rumah.

Jam 5.30 petang, suspek pulang ke rumah dan mendapati isterinya tiada di rumah, sedangkan pintu dapur masih terbuka.

Terajang pintu selepas dengar suara orang ‘mengerang’

Suspek keluar dari pintu dapur dan melihat pintu dapur rumah ZAC yang bercantum dengan rumahnya, terbuka. Dengan perasaan curiga, suspek masuk ke rumah ZAC dan terdengar suara perempuan dan lelaki dari dalam bilik air.

Pintu bilik air berkunci dan suspek segera memecahkan pintu menggunakan kaki. Alangkah terkejutnya apabila suspek melihat isterinya ‘bercinta’ dengan ZAC di dalam bilik air.

Suspek segera mengambil parang yang terselit di pinggang lalu menetak ZAC dan A berkali-kali menyebabkan ZAC mengalami kecederaan parah di belakang badan, bahu, kepala, tapak tangan, pinggang dan paha. Manakala isteri suspek pula mengalami kesan tikaman di bahu, kepala dan tapak tangan.

ZAC sempat keluar daripada bilik air dan berlari ke hadapan rumahnya. Namun sempat dikejar oleh suspek yang mahu menyerangkan.

Selepas kejadian itu, suspek duduk dan memanggil ketua kampung untuk membawanya ke balai polis. Suspek mengaku menetak isteri dan jiran sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Polis mengesahkan motif kejadian disebabkan suspek tidak dapat menerima isterinya menjalinkan hubungan dengan ZAC.

Suspek ditahan di Balai Polis Dairi, manakala kedua-dua mangsa kini sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sidikalang.

Sumber: Detik News

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!