Dah 300km baru perasan isteri tertinggal di stesen minyak | The Reporter

Dah 300km baru perasan isteri tertinggal di stesen minyak

Lelaki memandu di lebuh raya sambil melihat sistem navigasi dalam kereta
Lelaki teruskan pemanduan di lebuh raya tanpa sedar isteri tiada dalam kereta | Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 62 tahun di Perancis menghubungi talian kecemasan selepas menyedari dia tertinggal isterinya di sebuah stesen minyak, namun tidak dapat mengingati lokasi sebenar stesen tersebut.

Kejadian ini berlaku pada 5 Julai lalu, semasa lelaki itu memandu bersama isteri dan anak perempuan mereka dari Paris ke Maghribi. Mereka berhenti di beberapa stesen minyak untuk berehat. Tapi sekitar jam 4:30 pagi, lelaki itu secara tak sengaja meninggalkan isterinya ketika menyambung perjalanan. Dia hanya menyedari ketiadaan isterinya selepas memandu sejauh 300 kilometer.

Lelaki itu menghubungi pihak berkuasa sekitar jam 8:30 pagi dan memaklumkan bahawa dia tertinggal isterinya, tetapi tidak ingat di stesen minyak mana mereka berhenti sebelum itu.

Baca juga:

Tak ingat lokasi terakhir

Gendarmerie di wilayah Lardes memaklumkan kepada France 3, mereka menerima panggilan yang agak mengelirukan kerana lelaki itu tidak pasti di mana dan bila dia berhenti. Dia hanya ingat mungkin berhenti di sekitar Orléans. Polis kemudian menghubungi pasukan di kawasan itu untuk membantu mengesan lokasi sebenar.

Anak perempuan mereka yang berusia 22 tahun turut berada dalam kereta, tetapi tidak dapat membantu kerana tidur sepanjang perjalanan dan tidak sedar bahawa ibunya sudah tiada di dalam kenderaan.

Pihak polis kemudian memulakan pencarian di beberapa kawasan rehat dan stesen minyak sepanjang lebuh raya, tetapi gagal menemui wanita berkenaan. Ini menimbulkan kebimbangan awal sama ada lelaki itu benar-benar terlupa atau sengaja meninggalkan isterinya.

Polis kesan isteri melalui isyarat telefon

Mujur dengan bantuan syarikat telekomunikasi, pihak berkuasa berjaya mengesan telefon bimbit wanita terbabit. Dia rupa-rupanya masih berada di stesen minyak di kawasan Deux-Sèvres, lokasi yang ditinggalkan pada jam 4:30 pagi dan sedang menunggu dengan sabar kepulangan suaminya.

Selepas disiasat, polis mengesahkan kejadian itu adalah satu kecuaian yang tidak disengajakan. Pasangan itu akhirnya disatukan semula dan perjalanan ke Maghribi diteruskan seperti biasa, walaupun mungkin berlaku sedikit ‘perbincangan’ dalam kereta selepas kejadian itu.

Sumber: Oddity Central

Related Posts