Suami tertembak mati isterinya yang hamil 6 minggu, disangka perompak - The Reporter

Suami tertembak mati isterinya yang hamil 6 minggu, disangka perompak

Seorang lelaki di Florida menyangka ada individu yang menceroboh masuk ke rumahnya bertindak melepaskan tembakan tanpa menyedari individu yang ditembak itu adalah isterinya yang hamil enam bulan, terjaga di tengah malam Rabu, 4 November 2020.

Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 1 pagi dari lelaki itu mengakui dia secara tidak sengaja telah menembak isterinya di rumah mereka. 

Syerif William Snyder berkata, apabila pegawai penyiasat tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati wanita hamil itu berada dalam keadaan kritikal. Mangsa terus dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi, tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. 

Sementara itu, anak sulung pasangan itu juga ditemui selamat di kediaman mereka. Bayi dalam kandungan mangsa turut berjaya diselamatkan.

Menurut pegawai penyiasat, si suami sebelum itu tidur di dalam bilik dan terdengar bunyi bising di luar bilik dan menyangka rumahnya telah diceroboh oleh penjenayah.

“Dia bimbang dengan keselamatan diri, lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan memaklumkan kepada ‘isterinya’ yang dia akan keluar dari bilik untuk memeriksa keadaan di luar. Dalam keadaan lampu bilik yang agak malap, lelaki itu tidak menyedari isterinya tiada di dalam bilik, sebaliknya anjing peliharaannya yang tidur di sebelahnya.

Selepas keluar dari bilik, dia ternampak kelibat seseorang lalu melepaskan tembakan dan kemudian baru menyedari dia telah menembak isterinya yang ketika itu dalam perjalanan kembali ke bilik mereka. 

Polis masih menjalankan siasatan. Setakat ini, tiada sebarang unsur penderaan atau keganasan rumah tangga yang dikesan di tempat kejadian. Walaupun begitu, polis tetap menyiasat kejadian itu sebagai kes kematian yang mencurigakan.

“Walaupun suami mangsa telah memberi keterangan, pihak kami akan tetap teruskan siasatan, pemeriksaan. Banyak lagi langkah siasatan yang perlu dilalui bagi memastikan si suami bercakap benar,” katanya. 

Polis tidak akan mendedahkan nama pasangan terbabit kerana terikat dengan undang-undang yang melindungi identiti mangsa jenayah. 

Polis juga menasihatkan para pemilik senjata lebih berhati-hati terutamanya apabila mereka mempunyai ahli keluarga di rumah. 

“Anda perlu lebih berhati-hati dan mengambil langkah untuk menunggu beberapa saat sebelum bertindak (melepaskan tembakan) bagi memastikan anda mengetahui siapa yang dihadapi apabila anda menggunakan senjata berbahaya,” katanya lagi.

Sumber: Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!