Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebuah video tular di Instagram menunjukkan insiden di kawasan Masjid Selat Melaka apabila seorang lelaki memarahi pengawal keselamatan yang menasihati isterinya supaya menutup aurat dengan lebih sempurna.
Menurut perkongsian pengguna, pengawal berkenaan hanya meminta wanita berkenaan memakai pakaian labuh kerana ketika itu dia dilihat mengenakan ‘seluar tiga suku’ yang dianggap tidak sesuai dipakai di kawasan masjid.
Bagaimanapun, suaminya dikatakan bertindak agresif dan meninggikan suara terhadap pengawal yang sedang menjalankan tugas. Rakaman menunjukkan suasana tegang di kawasan parkir dengan jeritan kedengaran, malah keadaan hampir bertukar menjadi pertengkaran fizikal sebelum beberapa individu lain campur tangan.
Baca juga:
- Abbe Hae dedah Ayahanda Rani pernah berkhidmat dalam Tiger Platoon
- Lelaki & pengawal Masjid Selat Melaka selesai secara baik, laporan polis ditarik balik
- Anwar tunaikan janji MA63, Pemberian Khas Sabah meningkat hingga RM600 juta
Netizen sokong tindakan tegas pengawal masjid
Rata-rata netizen di ruangan komen menyebelahi pengawal keselamatan berkenaan dan menegaskan bahawa setiap individu perlu menghormati adab serta peraturan rumah ibadah.
Ada yang berpendapat pengunjung seharusnya peka dengan etika berpakaian di tempat suci, termasuk menutup aurat ketika memasuki masjid. Seorang lagi pengguna berkata, walaupun pelancong asing memahami peraturan berpakaian sopan di masjid, segelintir masyarakat tempatan masih mengambil ringan perkara itu.
Ada juga yang menggesa agar laporan polis dibuat, manakala yang lain mengecam tindakan suami wanita terbabit yang dilihat tidak mampu mengawal emosi.
Video kejadian dikongsi oleh @zairulgriezmann di Instagram.

Kejadian ini sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai sikap segelintir masyarakat yang masih mengambil mudah etika berpakaian di tempat ibadah, khususnya di lokasi pelancongan seperti Masjid Selat. Ramai berpendapat bahawa tindakan menegur dengan sopan adalah sebahagian daripada tanggungjawab menjaga kehormatan masjid.