Suami mengaku tak bersalah, nafi cederakan Zahnita | The Reporter

Suami mengaku tak bersalah, nafi cederakan Zahnita

Suami Zahnita mengaku tak bersalah
Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Abd Zacery Ghouse Abd Gafoor, 46, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret berkaitan mendatangkan kecederaan terhadap isteri serta kesalahan berkaitan dadah.

Suami kepada pelakon dan bekas model Zahnita Wilson itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini, dengan pertuduhan pertama melibatkan kecederaan ke atas isterinya.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Menurut pendakwaan, Abd Zacery didakwa sengaja mencederakan Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, di sebuah rumah di Indera Mahkota, pada pukul 8.20 pagi, 7 Mei lalu. Kesalahan tersebut didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah berasingan, Abd Zacery turut berdepan pertuduhan menggunakan bahan dadah jenis kanabis di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pada 5.45 petang, 2 Disember lalu. Namun, tiada pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Kesalahan tersebut didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,600 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Harian Metro

Related Posts