Suami hadiahkan Lamborghini bernilai RM1.8 juta kepada isteri sebab buat ‘kerja gila’

YouTuber Adam22 menghadiahkan sebuah kereta Lamborghini bernilai $400,000 (RM1.8 juta) kepada isterinya, Lena the Plug, selepas wanita itu menjayakan lakonan filem dewasa bersama lelaki lain yang didakwa beraksi lebih baik berbanding suaminya sendiri.

Adam, 39, yang mengendalikan podcast ‘No Jumper’ dan isterinya, Lena, 32, menjadi bualan hangat di media sosial baru-baru ini selepas Adam menjelaskan adegan lucah isterinya itu adalah untuk perniagaan mereka.

Sementara itu Lena memaklumkan dia terpaksa berehat selama beberapa hari selepas melakonkan aksi tersebut dengan pelakon gandingannya yang memiliki alat sulit yang lebih besar berbanding Adam.

@adam22

Got my baby something nice to celebrare her new scene! Love you boo ❤️ @Lena The Plug

♬ fukumean – Gunna

Menambahkan lagi bara api, pelakon lelaki berkenaan, Jason Luv, 38, mendakwa dia beraksi lebih baik dengan Lena berbanding Adam.

Adam bagaimanapun menjelaskan kedua-dua mereka berpendapat demikian kerana melakukan sesuatu yang baru dan menarik.

Bertambah parah lagi apabila Adam mendedahkan di TikTok bahawa pemberian kereta Lamborghini kepada Lena itu adalah kerana dia berbangga dengan isterinya yang melakukan lakonan dewasa itu bersama dengan lelaki lain.

Sumber: Daily Mail

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!