Suami curiga wajah anak tak menyerupainya, keputusan Ujian DNA dedahkan isterinya curang dengan pemilik rumah sewa - The Reporter

Suami curiga wajah anak tak menyerupainya, keputusan Ujian DNA dedahkan isterinya curang dengan pemilik rumah sewa

Kecurangan seorang wanita di China terbongkar selepas suaminya curiga wajah anak yang dijaga sejak dari kecil tidak menyerupainya apabila menginjak usia dewasa. 

Difahamkan, Truong Tan Dao yang tinggal di Guangdong berkenalan dengan Lac Tu Van selepas dikenalkan oleh ejen pencari jodoh. Pasangan itu kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin memandangkan usia mereka semakin meningkat.

Perkahwinan mereka diraikan dalam majlis sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. 

Tidak beberapa lama selepas itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Untuk menyara kehidupan keluarganya, Tan Dao terpaksa berhijrah ke bandar untuk bekerja dan menyewa di sebuah rumah sewa. Manakala isterinya terus tinggal di kampung sambil menjaga anak mereka. 

Tan Dao selalu mengirimkan wang kepada isterinya setiap bulan tanpa gagal dan mereka tidak pernah mengalami masalah kewangan. 

Adakalanya Tu Van datang melawat suaminya di rumah sewa. Dan pada satu hari itu, Tu Van datang memaklumkan khabar gembira kepada Tan Dao bahawa dia disahkan hamil dan dipendekkan cerita, mereka dikurniakan bayi lelaki yang sihat.

Namun apa yang tidak disangka, ketika anak mereka mula membesar, Tan Dao menyedari wajah si kecil itu tidak menyerupainya. Sebaliknya, wajah bayi itu lebih menyerupai pemilik rumah sewa, Voung Nhan Nghia. 

Dari situ, Tan Dao mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan pemilik rumah setiap kali dia datang mengunjunginya.

Tan Dao kemudian membuat ujian DNA dengan anaknya itu dan keputusannya mengesahkan, anak itu bukan darah dagingnya sendiri.

Tan Dao memberitahu isterinya mengenai perkara itu, tetapi Tu Van langsung tidak menunjukkan sebarang rasa menyesal dan memberi alasan dia berbuat dmeikian kerana Tan Dao tidak kaya, tidak mempunyai kemahuan termasuk motivasi. Selain itu, Tu Van mendakwa suaminya tidak pandai menguruskan kewangan keluarga dan memiliki banyak tabiat yang buruk. 

Setiap kali Tu Van datang melawat, Tan Dao akan pergi minum bersama rakan-rakannya sehingga mbuk dan hanya pulang pada tengah malam sambil memarahi dan memperlekehkan Tu Van. 

Tu Van juga menunjukkan kesan-kesan luka di badannya yang disebabkan oleh Tan Dao yang mengakui masih bertahan menanggung kesakitan itu demi anaknya walaupun pernah terdetik di hati untuk meninggalkan keluarga mereka. 

Tan Dao yang masih tidak berpuas hati kemudian membawa ‘anaknya’ bersama pemilik rumah sewa untuk menjalani ujian DNA. Keputusan ujian mengesahkan anak kecil itu adalah darah daging Vuong Nhan Nghia.

Tan Dao mengakui dia terkejut dan bingung apabila mengetahui perkara itu. Tetapi dia tidak mahu menceraikan Tu Van dan menyarankan bayi itu diserahkan kepada Nhan Nghia, atau dia dan isteri boleh urusan tetapi Nhan Nghia perlu membayar nafkah anak itu setiap bulan. 

Nhan Nghia bersetuju menjaga bayi itu seorang diri tetapi dengan syarat, pasangan itu tidak akan menuntutnya lagi. 

Sementara itu, Tu Van pula tidak mahu mempertahankan perkahwinannya. Tan Dao berjanji akan cuba berubah dan memohon Tu Van kembali ke pangkuannya, tetapi gagal kerana Tu Van nekad untuk bercerai dan orang tuanya juga menyokong keputusan itu. 

Sumber: Serambi News

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!