Video official lirik bagi lagu Bobo Dimana, nyanyian Aliff Syukri bersama Sajat dan Lucinta mendapat lebih 393,000 dislikes di laman YouTube, namun usahawan kosmetik itu masih gigih menerbitkan video muzik officialnya malam tadi.
Sebelum ini, netizen dan banyak pihak termasuk ilmuan agama telah menegur tiga individu berkenaan agar berhenti menerbitkan video yang boleh menjejaskan imej agama, lebih-lebih video itu dianggap seperti mempromosikan golongan LGBT.
Malangnya, teguran itu bagaikan tidak diendahkan dan menjadi semakin galak untuk dipromosi di mana-mana medium kepunyaan pihak berkenaan.
Tindakan Aliff memuat naik klip video muzik rasmi lagunya itu di Instagram hanya mengundang banyak kecaman netizen yang sehingga kini tidak berhenti dari terus menyerangnya.
Netizen yang ternyata kesal dan kecewa kerana video itu secara tidak langsung menayangkan ‘softporn’ kepada netizen terutamanya di kalangan kanak-kanak yang kini mula terikut akan tarian lagu berkenaan.
Sumber: Instagram Aliff Syukri