Stand-up comedy Harith Iskander dibatalkan, bekas isteri tampil beri penjelasan - The Reporter

Stand-up comedy Harith Iskander dibatalkan, bekas isteri tampil beri penjelasan

Sumber Gambar: Instagram drjezaminelim

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Filharmonik Petronas (DFP) mengenai pembatalan komedi berdiri (stand-up comedy) Harith Iskander pada malam ni, bekas isteri Harith, Dr Jezamine Lim tampil memberikan penjelasan.

Dalam kenyataan di Instagram, beliau melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan persembahan itu apatah lagi dua anak lelaki mereka akan membuat kemunculan semasa pembukaan persembahan itu.

Beliau mendedahkan telah mendapat ugutan bunuh yang ditujukan kepadanya selain anak-anak mereka turut mendapat ancaman.

“Harith dan saya berasa amat kecewa dengan pembatalan persembahan Harith di Dewan Filharmonik Petronas. Selepas perbincangan, kami mendapati ini adalah keputusan terbaik untuk kami dan keluarga.

“Pada minggu lalu, saya menerima ancaman bunuh yang ditujukan kepada saya. Namun, apa yang lebih menyakitkan ialah ancaman keji terhadap anak-anak kami. Ia adalah perbuatan keji, pengecut, dan tidak berperikemanusiaan. Laporan telah dibuat, dan pihak polis sedang menjalankan siasatan, jadi saya tidak akan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

Oleh kerana memikirkan tentang keselamatan bersama disebabkan ancaman itu, mereka bersepakat bersama DFP untuk tidak meneruskan persembahan seperti yang telah dirancang.

“Disebabkan ancaman tersebut serta serangan berterusan dalam talian oleh individu tertentu, pihak DFP dan keluarga kami bersetuju bahawa, demi keselamatan, adalah lebih baik untuk tidak meneruskan persembahan seperti yang dirancang. Keputusan ini tidak diambil dengan mudah.

“Harith telah memberikan sepenuh komitmen, usaha berbulan-bulan sebagai persediaan untuk persembahan ini, dan pembatalan ini sangat mengecewakan buatnya dan seluruh keluarga kami. Lebih memilukan lagi, Zander dan Zydane sepatutnya menjadi sebahagian daripada pembukaan persembahan tersebut,” tulisnya.

Jadikan anak sebagai sasaran

Beliau turut melahirkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang seolah tidak berfikir panjang dengan menjadikan anak-anak sebagai sasaran.

“Ya, anda berhak untuk tidak bersetuju atau tersinggung dengan kata-kata seseorang, tetapi untuk jatuh ke tahap mengancam keluarga seseorang? Menjadikan anak-anak sebagai sasaran? Bagaimana anda boleh membiarkan perbuatan itu?,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram itu juga, beliau berkongsikan semasa sesi latihan Harith Iskander dan dua anak lelakinya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!