Assalamualaikum w.b pihak Pos Malaysia Berhad. Di sini saya amat dukacita dengan perkhidmatan Pos Malaysia kerana barang saya yang dipos iaiatu jam Gshock GXW-56 telah ditebuk, ditukar dan dicuri oleh kakitangan Pos Malaysia.
Untuk makluman Pos Malaysia, selama ini saya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia dengan baik dan selamat. Tetapi dimanakah kejujuran, sikap integriti yang ditunjukkan oleh kakitangan Pos sehingga sanggup mencuri barang yang dipos?
Barang dipos pada 4 April 2016. Diterima pada 6 April 2016.
Setelah mendapati barang di dalam kotak telah dicuri, ditebuk dan ditukar, pelanggan saya dari Kedah telah datang ke Kuala Lumpur dengan membawa barang-barang bukti untuk bersama-sama membuat aduan di Pos Shamelin.
Alhamdulillah, kami berdua sudah buat aduan di Pos Shamelin bagi tindakan segera. Kami juga telah membuat laporan polis berhubung kes ini.
Persoalannya ialah, barang yang dipos di Putrajaya sampai ke Kedah semua barang di bawah jagaan Pos.
- Siapakah kakitangan Pos Malaysia yang mencuri?
- Siapakah yang perlu diganti rugi?
Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
7 Bukti Kakitangan Pos Malaysia Yang Mencuri
- Plastik ditukar dari ‘L’ ke ‘M’,
- Tulisan di bungkusan cuba ditiru semula tetapi gagal.
- Tiada pelekat ‘fragile’
- Bungkusan dibungkus dengan kemas sebelum dipos, kemudian jam dalam bungkusan dicuri dan digantikan dengan gumpalan plastik dalam bungkusan baru.
- Jam GShock yang ditebuk dan dicuri. Kemudian ditukar dengan jam yang lain.
- Jam yang diganti penuh dengan daki pencuri. Malah cap jari pencuri juga ada pada jam. Jika dihantar pada forensik, sudah tentu dapat identiti pencurinya.
- Jam dipos di Putrajaya ke IPC, PL Alor Setar dan akhirnya dihantar oleh posmen. Semua barang di bawah jagaan pos.
Persoalannya, siapakah, dimanakah punca jam ini ditebuk, dicuri dan ditukar?
Oleh yang demikian, saya berharap Pos Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan yang melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini agar tidak menyebabkan imej Pos Malaysia tercalar yang semakin hari semakin berleluasa kes seumpama ini. – GShock Ampang | PIXEL MEDIA