Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan berhubung dakwaan syarikat milik bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, yang dikaitkan dengan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya mendapati tiada kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM 2009 atau Kanun Keseksaan, selain tiada isu tadbir urus.
Beliau menjelaskan syarikat berkenaan hanya membuat permohonan penerokaan kepada Sabah Mineral Management dan bukan mendapat kelulusan kerajaan negeri atau EXCO. Permohonan tersebut diluluskan secara bersyarat pada Mac 2023, namun dibatalkan pada 21 Mac lalu selepas syarikat gagal menyerahkan dokumen diperlukan.
Baca juga:
- ‘Kalau ikhlas berjuang untuk Melayu, push pemaju siapkan cepat projek’ – Penduduk Kg Sungai Baru
- ‘Tindakan tegas terhadap provokasi ganggu operasi pengosongan Kampung Sungai Baru’ – Ketua Polis KL
- ‘Bukan semua yang hadir adalah penduduk asal, ramai orang luar buat kecoh’ – Syed Badli
Azam turut menegaskan tiada aktiviti penerokaan dijalankan kerana permohonan terbatal.
“Sabah Mineral Management telah memberi kelulusan bersyarat kepada syarikat berkenaan pada Mac 2023, dengan syarat dokumen tertentu perlu dikemukakan.
“Namun, syarikat itu gagal memenuhi keperluan berkenaan dan akhirnya permohonan dibatalkan pada 21 Mac lalu,” katanya.
Nama Farhash sebelum ini menjadi perhatian selepas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, menggesa SPRM menyiasat dakwaan sebuah syarikat dikaitkan dengannya menerima kelulusan cari gali arang batu seluas 70,000 hektar di Sabah.
Sumber: Sinar Harian