SPRM sahkan tidak wujud elemen rasuah dalam kes Menteri timbulkan kekecohan di KLIA, sebaliknya hanya salah faham sahaja

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada sebarang elemen rasuah yang ditemui dalam siasatan ke atas kes penolakan dua wanita warganegara China ke negara ini di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun lalu.

Lapor Harian Metro, siasatan medapati tiada sebarang pembayaran wang dibuat terhadap mana-mana pegawai Imigresen selepas mereka tidak dibenarkan masuk ke negara ini.

Kekecohan yang berlaku di KLIA minggu lalu katanya adalah berpunca daripada kekeliruan dan salah faham. Yang membabitkan dua wanita itu dengan ‘orang tengah’ atau ejen yang dihubungi selepas mereka dihalang masuk ke Malaysia.

“Mereka yang terkandas dihubungi ejen menggunakan aplikasi WeChat bagi membantu menyelesaikan masalah mereka. Semakan di aplikasi WeChat ada menyatakan amaun mengenai pembelian tiket pulang ke negara asal dan bayaran dikenakan oleh ejen.

“Masalah komunikasi antara kedua-dua pihak ini menimbulkan salah faham kononnya berlaku rasuah di KLIA. Namun, siasatan lanjut masih diteruskan berhubung perkara ini,” katanya.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhak mengeluarkan Notis Penolakan Masuk (NTL) kepada pelawat asing. Sekiranya mereka didapati tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia.

Pelawat asing yang dikenakan tindakan NTL akan ditempatkan di sebuah bilik sebelum dihantar pulang ke negara asal. (Tak termasuk menguruskan tiket pulang). Dan kebajikan pelawat NTL ini diuruskan oleh syarikat swasta yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengendali Syarikat Penerbangan (AOC).

Difahamkan, atas inisiatif kakitangan syarikat berkenaan menawarkan pembelian tiket pulang kepada pelawat asing, tetapi sering disalah anggap dan mereka beranggapan Imigresen yang mahu meminta wang rasuah.

Terdahulu, seorang menteri kabinet didakwa menimbulkan kekecohan di KLIA dan menuntut pelawat wanita daripada China dibebaskan kerana tiada alasan kukuh untuk Imigresen berbuat demikian.

Menteri berkenaan turut mendakwa berlakunya rasuah di KLIA di mana ‘orang tengah’ meminta RM18,000 untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!