SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam, tampung persaraan dan perkhidmatan | The Reporter

SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam, tampung persaraan dan perkhidmatan

Persaraan penjawat awam mendorong keperluan penggantian tenaga kerja sektor awam
Gelombang persaraan menjadi antara faktor utama perancangan lantikan penjawat awam tahun ini.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Keupayaan kerajaan memastikan urusan dan perkhidmatan kepada rakyat berjalan lancar bergantung kepada kecukupan tenaga kerja dalam perkhidmatan awam.

Atas keperluan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam pada tahun ini bagi menggantikan pegawai yang bersara serta menjamin kesinambungan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, sasaran berkenaan bukan bertujuan menambah saiz perkhidmatan awam semata-mata, sebaliknya bagi menampung kekosongan jawatan akibat persaraan yang jika tidak ditangani boleh menjejaskan kecekapan pentadbiran dan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Baca juga:

Penggantian pesara, elak gangguan perkhidmatan

Menurut beliau, peningkatan sasaran lantikan berbanding 25,000 pada tahun lalu dibuat selepas mengambil kira keperluan semasa pelbagai sektor awam, khususnya perkhidmatan yang bersentuhan terus dengan urusan harian rakyat di peringkat persekutuan dan negeri.

Tanpa penggantian yang terancang, kekosongan jawatan boleh memberi kesan langsung kepada kelancaran operasi, masa pemprosesan serta keupayaan agensi kerajaan melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat. Namun dalam usaha memenuhi keperluan lantikan itu, SPA turut berdepan cabaran dari segi jumlah permohonan yang diterima.

Ahmad Jailani memaklumkan, jumlah permohonan perkhidmatan awam menurun sekitar 200,000 pada tahun lalu kepada kira-kira satu juta berbanding 1.2 juta pada 2024. Penurunan itu dipengaruhi pelaksanaan syarat kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Bagaimanapun, SPA menjangkakan angka permohonan dapat dikekalkan semula melebihi satu juta pada tahun ini.

Sumber: Bernama

Related Posts