Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Belum reda isu yang membabitkan pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal, sekali lagi pendakwah berkenaan terpalit dengan isu kontroversi dalam program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia.
Setelah diberi peluang muncul semula dalam program berkenaan selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di Twitter meluahkan kekecewaan dengan tindakan pendakwah berkenaan.
Dalam pada itu juga, beliau seolah memberikan bayangan untuk terus merehatkan Ustaz Don Daniyal.
“Bila bagi peluang, ‘consult authority’ dan ahli agama, ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’.
“Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” tulisnya.
Terdahulu, Ustaz Don Daniyal direhatkan kemunculan di RTM selepas mendapat kritikan ramai atas kenyataannya berhubung kisah hidup Nabi Muhammad SAW.
Susulan itu juga, Ustaz Don Daniyal mengakui terkhilaf dalam berkata-kata namun dalam masa sama berlapang dada dengan ujian didepaninya dalam menegakkan syiar Islam.
Beliau juga reda dengan keputusan serta arahan yang dikeluarkan dari RTM untuk merehatkannya daripada bersiaran dalam program Salam Baitullah.
Sumber: Suhaimi Sulaiman