Untunglah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, mendapat suami yang baik seperti Shuib Sepahtu yang amat menghargai isterinya yang penat lelah mengandungkan dan melahirkan zuriatnya.
Kegembiraan itu dikongsikan bersama peminat di laman Instagram Siti Sarah semalam.
“Setiap kali saya melahirkan anak, si suami pasti akan memberikan hadiah.
“Tetapi pelik, tahun ini sampai ingatkan tak ada hadiah. Namun, akhirnya dia hadiahkan sesuatu yang paling besar iaitu rumah. Syukur di bulan mulia ini mendapat hadiah sebesar itu. Alhamdulillah. Terima kasih cinta,” katanya.
Kesimpulannya, rupa paras tidak penting. Sebaliknya, keikhlasan yang lahir dari hati yang tulus itu lebih bermakna.
Terdahulu, Siti Sarah pernah dikutuk segelintir individu yang tidak punya perasaan akan hidungnya yang didakwa seperti Hippo.
Semoga Siti Sarah dan keluarganya kekal bahagia buat selama-lamanya. – PIXEL MEDIA