Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pihak berkuasa Singapura mengesahkan pengambilalihan dua lot tanah milik kerajaan Malaysia bagi tujuan pembangunan semula dan peluasan Woodlands Checkpoint, susulan masalah kesesakan kronik yang berlarutan di laluan darat itu.
Dalam kenyataan bersama pada Rabu, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Pihak Berkuasa Tanah Singapura (SLA) memaklumkan proses pengambilalihan akan dilakukan secara berperingkat dan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia akan diteruskan sepanjang proses itu.
Dua lot tanah terlibat berkeluasan 0.79 hektar merupakan kawasan semak yang tidak digunakan dan terletak hampir di tengah-tengah kawasan naik taraf yang dirancang.
ICA memaklumkan pembangunan semula ini dijangka berjalan secara fasa dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang dan bertujuan menyelesaikan isu kesesakan jangka panjang di laluan sempadan darat berkenaan.
Menurut rekod, purata harian pelancong yang melalui Woodlands Checkpoint pada 2024 meningkat 22 peratus berbanding 2023, mencecah 327,000 orang sehari. Jumlah itu mencatat rekod tertinggi 376,000 orang pada 20 Disember 2024 sempena cuti sekolah hujung tahun.
Anggaran menunjukkan angka itu dijangka meningkat kepada 400,000 orang sehari menjelang tahun 2050.
ICA juga menjelaskan kerajaan Singapura telah menghubungi pihak berkuasa Malaysia pada Mei 2022 dan November 2023 untuk mencadangkan pembelian dua lot tanah terbabit.
Kenapa Singapura ambil alih tanah Malaysia untuk projek ini?
Pengambilalihan dibuat bagi menyelesaikan masalah kesesakan di Woodlands Checkpoint yang semakin serius saban tahun. Ia juga sejajar dengan perancangan jangka panjang Singapura untuk meningkatkan kecekapan dan kapasiti laluan sempadan tersebut.
Ringkasan Berita:
• Dua tanah milik Malaysia seluas 0.79 hektar akan diambil Singapura
• Tujuan pengambilalihan adalah perluasan Woodlands Checkpoint
• Purata trafik dijangka capai 400,000 sehari menjelang 2050
Sumber: Channel News Asia








