Siasatan FashionValet, SPRM kesan transaksi akaun meragukan sejak 2018 - The Reporter

Siasatan FashionValet, SPRM kesan transaksi akaun meragukan sejak 2018

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesan beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa transaksi-transaksi yang mencurigakan itu telah dikesan bermula sejak tahun 2018 hingga tahun lalu, berdasarkan siasatan yang dilakukan setakat ini.

“Pasukan penyiasat telah mendapati transaksi akaun yang meragukan daripada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pengasas FashionValet dan beberapa pihak lain yang sedang disiasat,”

“”Kita turut mengesan beberapa transaksi kewangan yang diragui, yang berlaku antara tahun 2018 hingga 2023, katanya.

Rampasan 60 kotak dokumen

Dalam pada itu Azam berkata, pihaknya telah merampas lebih kurang 60 kotak yang mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah, dan PNB untuk membantu dalam penyiasatan.

Jelasnya, bahagian forensik perakaunan SPRM masih menjalankan semakan terhadap semua dokumen yang diperoleh itu.

“Kita melihat kepada aliran punca kewangan dan sebab kemasukan dan ke mana wang itu dibelanjakan bagi melihat adakah terdapat unsur jenayah rasuah atau kesalahan lain membabitkan penipuan.

“Namun, kita percaya ada sebahagian pelaburan (diterima) yang disalahguna dalam hal ini, ini kita sedang kenal pasti,” katanya.

Beliau turut memaklumkan SPRM kini sedang mengesan barang-barang yang dimiliki oleh pengasas FashionValet yang pernah dipamerkan di media sosial.

“Mereka perlu memberi kerjasama bagi mengenal pasti barangan yang ditunjukkan sebelum ini dalam media sosial,” katanya.

Pasangan berkenaan jelasnya tidak akan ditahan kerana telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

Sumber: Berita Harian,NST

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!