'Siapa sokong kehadiran Coldplay, bermakna dia sokong LGBT' - Ustaz Ahmad Dusuki - The Reporter

‘Siapa sokong kehadiran Coldplay, bermakna dia sokong LGBT’ – Ustaz Ahmad Dusuki

Semakin hangat isu yang membabitkan kedatangan kumpulan rock terkenal Britain, Coldplay ke Malaysia. Bertambah hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengalu-alukan kedatangan mereka.

Dalam ciapan di Twitter, Anwar Ibrahim juga sempat menitipkan satu pesanan kepada kumpulan itu.

“Ayuh sama-sama kita menjaga alam sekitar dan menjadikan dunia lebih selamat,” katanya.

Menerusi klip ringkas itu juga dikatakan PM mengaitkan dengan jasa yang telah diberikan oleh kumpulan ini yang pernah menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” di Sungai Klang pada tahun 2022.

Coldplay pada tahun itu juga mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut. Agensi antarabangsa melaporkan, Coldplay menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera tersebut.

Namun begitu, masih ada yang membangkang kedatangan kumpulan itu. Seorang pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki berkata dia tidak mengalu-alukan kedatangan kumpulan Coldplay yang jelas menyokong LGBT.

“Bagi sesiapa yang menyokong kehadiran kumpulan ini, bermakna dia menyokong LGBT. Dan bumi Malaysia ini bukan bumi untuk dimusnahkan.

“Bumi Malaysia ni mesti dibangunkan dengan hiburan yang baik, hiburan yang membina masyarakat bukan hiburan yang menghancurkan dan meruntuhkan akhlak pada masa yang akan datang nanti.

“Tiada ucapan selamat datang kepada Coldplay dan tiada selamat datang kepada mereka yang ingin musnahkan negara ini,” katanya.

Sebelum ini juga, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata parti PAS dialu-alukan tidak menonton konsert itu jika mereka bukan peminat kumpulan itu dan kedatangan Coldplay katanya selaras dengan inisiatif kementeriannya untuk membersihkan alam sekitar.

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim, TikTok Ustaz Ahmad Dusuki, FMT

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!