'Siap tangankan orang, memang banganglah!' - Lelaki dakwa dikasari security konsert Jiwa Kacau ketika buat mosh pit - The Reporter

‘Siap tangankan orang, memang banganglah!’ – Lelaki dakwa dikasari security konsert Jiwa Kacau ketika buat mosh pit

Pengunjung bengang dengan pihak security konsert Jiwa Kacau terjah mosh pit dan pukul mereka yang terlibat.

Konsert Jiwa Kacau yang berlangsung pada Sabtu lalu telah berjaya menggegarkan Stadium Malawati Shah Alam. Penganjuran konsert tersebut dikatakan telah berjaya menarik lebih 7,000 ribu pengunjung.

Konsert kolaborasi antara empat kugiran iaitu Insomniacks, Masdo, Bunkface dan Hujan. Sekali gus konsert itu menjadi himpunan buat peminat-peminat muzik indie yang berbeza genre.

Disebalik kemeriahan konsert tersebut, ada cerita lain pula yang kurang enak didengari.

Menurut pengadu, semasa konsert berlangsung, mereka telah diterjah oleh pihak keselamatan ketika mereka sedang membuat mosh pit.

“First time pergi konsert/gig security terjah crowd sebab buat mosh pit. Siap tangankan orang! Memang banganglah! Semoga event organizer yang lain jangan ambil company ni untuk jadi security kalau lineup ada band liar! Biar diorang jaga konsert Ella ke, Sufian Suhaimi ke apa.

“Nak letak salah kat security semua pun tak boleh jugak. Mungkin geng diorang tak biasa dengan konsert yang chaos macam ni. Sebab tu bila tengok ada pit, diorang terjah nak redakan. Apa pun sampai naik tangan tu memang aku tak boleh terima langsung,” tulisnya.

Menerusi rakaman video yang tular, kelihatan Sam Bunkface sedang membuat persembahan. Di bawah pentas pula kelihatan beberapa orang penonton pula sedang leka membuat mosh pit sehingga didatangi pihak keselamatan.

Kekecohan yang berlaku membuatkan Sam berhenti seketika membuat persembahan dan bertanyakan apa yang sedang berlaku.

Namun begitu menerusi satu komen, netizen ini mengatakan jika di luar negara, satu papan tanda amaran diletakkan supaya penonton tidak melakukan mosh pit.

Dan ada juga yang menyarankan kepada pihak penganjur supaya memberikan amaran terlebih dahulu kepada penonton supaya situasi sebegini tidak berlaku lagi.

Sumber: pkckAm

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!