Shuib harap netizen berhenti bandingkan arwah Siti Sarah dengan tunangnya, Watie

Shuib juga mengharapkan agar netizen berhenti untuk membuat perbandingan antara arwah Siti Sarah dan tunangnya, Watie Hanifiah.

Bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada Jun depan, pelawak dan penyampai radio, Shuib berkata Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidupnya.

Dalam pada masa yang sama, Shuib juga mengharapkan agar netizen berhenti untuk membuat perbandingan antara arwah Siti Sarah dan tunangnya, Watie Hanifiah.

“Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya… Watie pun tahu perkara itu. Jadi, perbandingan itu tidak sepatutnya. Sebab kita kena terima realitinya.

“Dan tidak adil juga untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia… dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga,” katanya.

Shuib juga berkata segala keputusan yang dibuat adalah untuk anak-anaknya.

“Kalau orang nak kecam saya, kena berbalik kepada niat untuk berkahwin. Saya buat ini untuk anak-anak, kalau ikutkan saya lebih senang membujang sahaja.

“Saya ada tanggungjawab yang cukup besar malah arwah juga mahu saya membesarkan anak-anak kami dengan baik,” ujarnya.

Terdahulu, Shuib telah selamat bertunang dengan usahawan, Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, pada Sabtu lalu.

Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie manakala pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan samping.

Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!