‘Share a Coke’ kembali! 150+ nama di tin & botol Coca-Cola, boleh didapati di seluruh negara | The Reporter

‘Share a Coke’ kembali! 150+ nama di tin & botol Coca-Cola, boleh didapati di seluruh negara

Tin Coca-Cola edisi ‘Share a Coke’ dengan nama seperti Siti, Ali dan Sayang
Lebih 150 nama termasuk ‘Siti’, ‘Ali’ dan ‘Sayang’ kini tersedia di tin Coca-Cola dalam kempen ‘Share a Coke’ 2025 | Kredit gambar: Midas Mart

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kempen ikonik ‘Share a Coke’ kini kembali mewarnai pasaran Malaysia sejak Mei lalu, dengan lebih 150 nama dan gelaran tertera pada tin dan botol Coca-Cola menjadikannya lebih mudah dan menyeronokkan untuk dikongsi bersama rakan, keluarga dan insan tersayang.

Diperkenalkan semula untuk generasi baru, kempen ini bukan sekadar nostalgia tetapi hadir dengan pendekatan yang lebih interaktif dan moden. Pengguna bukan saja boleh membeli minuman dengan nama pilihan di pasar raya dan kedai serbaneka, malah turut berpeluang mencipta rekaan peribadi mereka sendiri di lokasi khas dinamakan Personalisation Hubs.

Apa yang menjadikan edisi kali ini lebih menarik?

Berbanding edisi terdahulu pada 2011 yang mencipta fenomena tersendiri, versi 2025 ini memberikan pengalaman lebih menyeluruh. Coca-Cola bukan sahaja mengembalikan elemen nama pada label, malah memperkenalkan platform online dan aktiviti fizikal berskala besar di seluruh negara.

Di lokasi seperti Bukit Bintang, pengguna boleh mencipta tin atau botol Coca-Cola peribadi secara langsung sambil menyaksikan paparan nama mereka di skrin digital gergasi, menjadikannya pengalaman yang benar-benar unik.

Kenapa fokus pada hubungan sebenar?

Menurut kajian Kantar 2023, sebanyak 72% golongan Gen Z menginginkan hubungan yang tulen dalam era digital ini. Coca-Cola memahami keperluan tersebut dan menampilkan ‘Share a Coke’ sebagai cara mudah untuk menunjukkan penghargaan dan mencipta kenangan dunia nyata yang lebih bermakna.

“Dalam era digital ini, meraikan hubungan tulen adalah lebih penting berbanding sebelum ini. ‘Share a Coke’ mengingatkan kita memori paling indah tercipta apabila kita berkumpul bersama. Momen spontan penuh gelak ketawa bersama Coca-Cola, itulah makna sebenar kehidupan,” kata Heon Theng Hsiang, Pengurus Kanan, Frontline Marketing – Singapura & Malaysia (SIMA).

Di mana nak dapatkan?
  • Tin dan botol edisi nama peribadi boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka sejak Mei 2025
  • Lawati Personalisation Hub yang kini sedang berlangsung di pelbagai lokasi seperti Bukit Bintang, One Utama, Mid Valley dan banyak lagi
  • Layari platform online Share a Coke untuk mencipta reka bentuk sendiri dan kongsi di media sosial

Pengguna juga digalakkan untuk mengikuti akaun rasmi Coca-Cola Malaysia di Facebook dan Instagram (@CocaColaMY) serta memuat naik gambar dan momen mereka dengan tanda pagar #ShareACoke, untuk berkongsi kegembiraan bersama komuniti.

Related Posts