Shahril, KJ Bersilat Di Dapur, Kali Ni Jadi Pembantu Chef Anis Nabilah | The Reporter

Shahril, KJ Bersilat Di Dapur, Kali Ni Jadi Pembantu Chef Anis Nabilah

bestari ksl

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kalau ada anugerah individu paling versatile di Malaysia, pastinya Shahril Hamdan paling layak jadi penerima!

Dah bermacam Shahril buat sebelum ni dari jual kereta, beraktiviti lasak tapi kali ini beliau masuk ke dapur untuk sediakan juadah tetamu beraya.

Paling istimewa, Shahril menjadi pembantu kepada chef selebriti, Chef Anis Nabilah menyediakan beberapa hidangan yang ringkas, nampak menyelerakan tapi tidak mengambil masa yang lama.

Kongsi hacks masakan 

Ketika memasak, Chef Anis berkongsi beberapa cooking hacks kepada Shahril yang mengakui tidak biasa masuk dapur.

Antara hacks dikongsikan oleh Chef Anis adalah untuk perasakan masakan dalam beberapa fasa ketika memasak. Ini untuk memastikan masakan dapat diperasakan lebih menyeluruh dan menghasilkan masakan lebih enak.

Chef Anis juga turut berkongsi mengenai kemeriahan persiapan Raya di rumah keluarganya yang mengambil masa disebabkan bilangan ahli keluarga yang besar.

Namun, Chef Anis ada cara tersendiri untuk menjimatkan masa, tapi menu yang dihidangkan tetap sedap untuk seisi keluarga.

Contohnya menggunakan tepung Bestari yang tidak perlu diperisakan kerana telah diadun cukup lengkap dan sedia untuk digunakan.

Dalam episod kali ini, Chef Anis dan Shahril menyediakan Udang Goreng Tepung Rangup digandingkan dengan Nasi Goreng Ulam Telur Garing menggunakan Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna Rempah Kaw Kaw Pedas dan serbuk perasa Goreng-Goreng Kampung

Untuk layan keseluruhan video, jom tonton episod pertama Kuali Sekejap x Bestari di bawah. 

Jangan lupa untuk langgan Youtube Keluar Sekejap Lagi untuk episod akan datang yang akan turut menampilkan KJ. Nak tahu KJ masak apa? Kenalah tungguuu!

Related Posts