Shah Alam terkejut, pisang RM1.65 dijadikan karya seni & dilelong pada harga RM29 juta! - The Reporter

Shah Alam terkejut, pisang RM1.65 dijadikan karya seni & dilelong pada harga RM29 juta!

pisang RM1.65 dijadikan karya seni

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Shah Alam, seorang penjual buah warga Bangladesh berusia 74 tahun di Manhattan, New York, terkejut apabila mengetahui pisang yang dijualnya pada harga RM1.65 (35 sen USD) dijadikan karya seni dan dilelong pada harga mencecah RM29 juta (USD6.2 juta).

Karya tersebut, hasil ciptaan artis Itali, Maurizio Cattelan, dinamakan “Comedian” dan hanya memerlukan pisang yang dilekatkan dengan pita pelekat pada dinding.

“Saya lelaki miskin, tidak pernah melihat wang sebanyak itu,” katanya.

Shah Alam tinggal di pangsapuri bawah tanah di Bronx dan bekerja selaam 12 jam sehari menjual buah-buahan, terkejut apabila mendengar berita tersebut daripada seorang wartawan. Dia juga mempersoalkan logik pembeli karya seni itu.

Kisah hidup Shah Alam yang sederhana mencetuskan perbincangan global mengenai jurang ekonomi dan nilai seni. Sebuah kempen GoFundMe dilancarkan untuk membantu Shah Alam yang kini berjaya mengumpul lebih RM68,000 (USD14,650) setakat ini, jauh melebihi sasaran awal.

Tambahan pula, usahawan Justin Sun yang membeli karya seni itu pada mulanya bercadang membeli stok pisang bernilai RM116,000 (USD25,000) daripada Shah Alam untuk diedarkan. Namun, rancangan itu terpaksa dibatalkan atas kekangan logistik.

Kisah Shah Alam ini bukan sahaja membuka mata dunia terhadap isu seni dan kekayaan, tetapi juga menimbulkan persoalan tentang ketidaksamaan sosial yang masih wujud. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!