Setiausaha Agung FAM digantung tugas serta-merta | The Reporter

Setiausaha Agung FAM digantung tugas serta-merta

Datuk Noor Azman Rahman digantung tugas susulan siasatan FIFA berhubung status pemain warisan Harimau Malaya.
Gambar: Utusan Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung tugas serta-merta susulan siasatan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram dalam sidang media khas di Wisma FAM, hari ini. Menurutnya, keputusan penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta bagi memberi ruang kepada siasatan dijalankan secara telus tanpa sebarang pengaruh dalaman.

Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas FAM menerima maklumat rasmi daripada pihak FIFA mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran terhadap peraturan dokumentasi pemain.

Baca juga:

Sebelum ini, FIFA mengenakan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel selepas mendapati terdapat ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.

FIFA turut mengenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain terbabit didenda CHF2,000 (RM10,000) serta digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Sumber: Harian Metro

Related Posts