'Setiap malam dia buat macam tu' - Suami pening dengan perangai pelik isterinya, buat netizen terhibur - The Reporter

‘Setiap malam dia buat macam tu’ – Suami pening dengan perangai pelik isterinya, buat netizen terhibur

Baru empat bulan berkahwin, lelaki ini mengaku dia berasa amat bahagia dengan isterinya yang serba serbi pandai dalam menguruskan hal rumah tangga. Empat bulan pertama, segalanya indah seperti mana pasangan lain. 
Akan tetapi, di dalam keindahan itu terselit juga keperitan dan juga kengiluan. Mungkin bagi sesetengah orang tidak percaya hal seperti ini boleh berlaku. Tetapi bagi lelaki ini, dia terpaksa bertahan kerana tidak mahu isterinya menangis. 
ASSALAMUALAIKUM admin. Aku sangat-sangat memerlukan bantuan skuad makcik-makcik bawang dalam ini. Aku tak ada masalah rumah tangga. Cuma bini aku ni, aku tak tahulah nak cakap macam mana. 
Umur aku 27 dan bini aku 23 tahun. Kami baru berkahwin empat bulan. Alhamdulillah aku dapat perempuan yang bukan sahaja comel bambam, tapi manja, lembut, sopan, pandai memasak dan kelakar. 
Tetapi satu perangai pelik bini aku yang membuatkan aku pening kepala nak hadap setiap hari. Bila nak tidur malam, bini aku ada perangai duk nyonyot puting aku sampai dia tertidur. 
Macam kelakar? Macam lawak? Tetapi aku tak tipu wei! Tiap-tiap malam dia buat macam tu. Kalau aku tak bagi, dia menangis pula. 
Tolonglah makcik-makcik bawang, aku dah buntu nak mencari jalan macam mana nak ceraikan susu dengan bini aku walaupun aku tak ada susu. 
Aku letak minyak gamat pun tak jalan. Nak tanya keluarga, aku malu. Nak tanya member, mampos kena bahan jadah apanya badan ketul-ketul tapi bini buat nyonyot je puting. Lagipun aku nak jaga air muka bini aku juga. 
Tobat ngilu bak hang dia dok gigit-gigit. Tolonglah aku makcik-makcik bagi idea macam mana nak buat bini aku stop buat benda tu. Aku terseksa setiap malam. 
Sumber: Suami Trauma (Kisah Rumah Tangga
Jawapan netizen: 
“Cuba letak sirap, tak pun letak kicap ke. Nanti lama kelamaan dia berhentilah meminta. Kalau tak boleh jalan juga, belikan dia puting brand Avent. Jenama ini bagus untuk mengelakkan gigi dia menjadi jonggang,” kata netizen. 
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!