'Setan tu lekat kat tempat flush jamban' - Wanita dakwa ada hidden camera di tandas Petronas Danau Kota - The Reporter

‘Setan tu lekat kat tempat flush jamban’ – Wanita dakwa ada hidden camera di tandas Petronas Danau Kota

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan tandas awam atau mana-mana penginapan yang memasang kamera tersembunyi.

Seorang wanita mendedahkan ketika beliau ke tandas sebuah stesen minyak Petronas di Danau Kota, dia mendapati terdapat tulisan yang tertera ‘flush rosak’ menggunakan pelekat hitam.

Pada mulanya dia fikir untuk terus keluar dari tandas tersebut, tetapi tiba-tiba dia mendapati seperti ada pantulan cahaya di kawasan pelakat hitam itu.

“Sentuh dekat situ dan rasa macam ada benda. Terus cabut dan tengok ada kamera. Dia lekat kat tempat flush jamban cangkung.

“Nak nangis, nak marah, shaking semua ada, terus panggil suami dan pergi balai untuk buat report,” katanya.

Susulan kejadian itu, dia meminta orang ramai di luar sana terutamanya wanita agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

“Sentiasa lah berhati-hati dan check segala benda, segala ceruk lubang ke apa. “Please, lagi-lagi kalau pergi tandas awam, tandas stesen minyak,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lelaki mencadangkan golongan wanita terutamanya untuk memuat turun aplikasi ‘hidden camera detector’ bagi tujuan keselamatan.

“Downloads apps dan check sekeliling. Zaman makin maju, sekali kamera kecil, malah datang dalam pelbagai bentuk. Jangan tunggu video ahli keluarga anda tersebar di laman web baru nak melatah,” katanya.

Sumber: Injang, Dean of Deen

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!