Beberapa hari lalu,Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali yang ke-69 telah diadakan di Shah Alam. Menerusi Muktamar tersebut, pelbagai isu telah dibincangkan. Antaranya mengenai isu kebebasan media.
Perwakilan Dewan Muslimat Pas, Husna Hashim mengusulkan perkara berkaitan kebebasan media dan berpersatuan berkata, kerajaan jangan bersikap angkuh serta tidak boleh ditegur.
Kerajaan sepatutnya berdepan dengan kritikan dan kebebasan bersuara yang dilontarkan rakyat untuk membuat perubahan berbanding menggunakan undang-undang untuk menyekatnya.
Malah, kerajaan digesa untuk bersikap adil, saksama dan tidak selektif dalam kebebasan bersuara termasuklah berkaitan isu perkauman, keagamaan dan institusi diraja (3R).
Sementara itu, dalam usul tersebut juga, Husna Hashim menegur sikap segelintir pewakilan yang lebih peka dengan isu poligami berbanding isu terpenting. Beliau juga dalam sinis menjawab pantun daripada perwakilan Wilayah.
“Walaupun pantun ini tak ada kena mengena dengan usul, pantun poligami pun tak ada kaitan dengan ucapan dasar Presiden.
“Pagi-pagi bercuti ke Pulau Nami, “Kalau kail panjang sejengkal,
Sambil makan buah kuini, Jangan lautan hendak diduga,
Seronok sangat nak berpoligami, Kalau nak berpoligami,
Pergi Palestin pun tak berani. Kena cerdik akal, jangan duk kalut tambah dua, tiga“
Pantun beliau bagaimanapun disambut dengan gelak ketawa perwakilan.
Sumber: Kem Komunikasi