Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Selasa mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof, 42, kerana menyebabkan kecederaan parah kepada bekas isterinya, Jahidah Nordin@Sylvester, 47, sehingga koma empat tahun lalu.
Bagaimanapun, keluaarga kepada Jahidah menganggap keputusan itu tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami olehnya.
Adik kepada Jahidah, Fauziah Nordin mengatakan sepatutnya hukuman lebih berat dikenakan.
“Kalau tengok kecederaan kakak, sepatutnya hukuman lebih berat. Dia bukan pukul sikit, tapi sehingga kakak lumpuh sepenuhnya,” katanya.
Fauziah menegaskan, keluarga kini fokus sepenuhnya pada pemulihan Jahidah dan anaknya, Eshan Nufail, serta tidak mahu lagi mengambil tahu mengenai lelaki berkenaan.
“Keluarga pun dah gembira dengan hidup sekarang dan fokus kami tentunya pada Eshan Nufail (anak Jahidah) dan kakak.
“Kami memang tak mahu ambil tahu lagi apa yang terjadi pada lelaki itu selepas kali pertama mahkamah jatuhkan hukuman Disember lalu. Dia nak mati ke atau macam mana, terpulanglah,” katanya.
Baca juga:
- MERCY Malaysia tiba di Gaza, bantu pemulihan sistem kesihatan
- Bekas pemain bola disyaki tembak lelaki yang pernah menyerangnya
- Utusan ambil tindakan undang-undang individu guna nama Utusan sebar fitnah
Beliau juga berharap kes ini menjadi pengajaran kepada semua, terutamanya golongan wanita, untuk sentiasa cakna terhadap ahli keluarga masing-masing bagi mengelakkan kejadian penganiayaan.
Terdahulu, kisah yang berlaku terhadap Jamilah tular apabila dia Ketika itu yang sedang hamil dipukul sehingga parah dan koma. Jahidah selamat melahirkan anaknya secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kini disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU). Pada 15 Mac 2024, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan oleh keluarganya.

Sementara itu, menerusi hantaran di TikTok, Fauziah mengkritik tindakan bekas suami Jahidah yang tersenyum sejurus keluar dari mahkamah.
“Macam artis ya kau senyum. Bangga jadi lelaki dayus pukul bini sampai koma,”katanya.








