Selain itu, berhati-hatilah sebab lelaki sekarang pandai mengambil kesempatan dimana ada segelintir yang mempergunakan perempuan untuk mereka punya financial security.
Suami ambil kesempatan, suruh isteri tanggung semua
Saya baru lepas bercerai dengan suami dan saya keluar dari rumah selepas habis berpantang. Bekas suami belajar sampai SPM dan terus kerja dan saya pun sama, cuma bezanya saya ada degree.
Suami paksa isteri buat pinjaman peribadi RM50,000 untuk bayar hutangnya
Bila minta cerai, suami jaja cerita kononnya isteri ada lelaki lain
Bila minta cerai, dia kata isteri tinggalkan dia semasa dia susah. Padahal tak sedar diri ke dari dulu dia susah pun, isteri dia yang menanggung semua benda. Ini sebab tak tahan lagi nak menanggung semua masalah yang dia buat, sebab itu terpaksa bercerai juga.
Soal bersalin, berpantang, semuanya uruskan sendiri tanpa suami
Ketika saya hamil lima bulan, dia ajak saya pergi menghadiri kenduri di Kuala Lumpur. Saya kata tak larat sebab tak sihat, lagipun perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur agak jauh. Dia boleh kata saya menipu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia.
Susahnya hidup saya pada ketika itu. Mula-mula memang struggle keluar rumah bawa pakaian saja. Sudahlah kena tanggung hutang dia atas nama saya. Tapi lama-kelamaan, Alhamdulillah. Tak banyak duit tak apa, asalkan hati tenang dan bahagia.
Perkahwinan bukan senang seperti angan-angan Mat Jenin
Itulah saya nak ingatkan kaum lelaki di luar sana, kalau dapat isteri bekerjaya, jangan ambil kesempatan terhadap mereka. Kebanyakan pasangan bercerai sebab suami mengambil kesempatan pada isteri yang bekerja, sebab mereka tak perlu bagi nafkah.












