Semua jawatan menteri, timbalan, setiausaha politik dibatalkan | The Reporter

Semua jawatan menteri, timbalan, setiausaha politik dibatalkan

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri hari ini seperti mana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan. 
Perkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan. 
Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik adalah terhenti pada 24 Februari 2020. 

Kenyataan Media mengenai Kedudukan Anggota Pentadbiran berikutan Peletakan Jawatan YAB Perdana Menteri Malaysia pic.twitter.com/ENetA5h4Pm

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


— Mohd Zuki Ali (@zukiAli_) February 24, 2020


Sumber: Twitter Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali
Leave a Reply
Related Posts