Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penduduk di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Setiawan Perak sudah penat dan kecewa dengan tindakan pihak berwajib yang tidak mengambil tindakan susulan aduan mereka mengenai kemunculan lalat yang sangat banyak berkumpul di rumah mereka.
Punca kemunculan lalat ini dikatakan adalah dari reban ayam yang didirikan berdekatan dengan kawasan perumahan penduduk.
Menurut salah seorang penduduk di situ, aduan mereka mengenai kemunculan lalat ini juga sudah didedahkan di TV3 namun sehingga kini sepi tiada tindakan yang dibuat. Mereka masih menghadap masalah yang sama. Rutin mereka juga setiap hari membersihkan lalat-lalat yang mati.
“Tolonglah Menteri Besar. Balik rumah, pukul 2.30 pagi kena menyapu kena mop lagi.
“Selonggok wei hasil aku spray sebelum balik kampung. Spray ni dia bertahan 3 hari,” kata pengadu.
Menurut pengadu, kawasan rumah tersebut merupakan kawasan yang sangat strategik dan ramai yang memilih membeli rumah disitu lebih-lebih lagi bagi individu yang memilih untuk berpindah dari bandar ke kampung. Tetapi, masalah reban ayam yang tidak selesai mengundang masalah kepada mereka.
“Puncanya reban ayam je, kalau dialihkan kita akan tenang dah. Alihkan atau tutup terus. Atau buat inovasi letakkan di tempat tertutup dan berhawa dingin,” kata pengadu.
Menurut pengadu lagi, sebelum membeli rumah disitu, mereka tidak mengetahui kewujudan reban ayam.
Oleh yang demikian, pengadu sebagai wakil kepada penduduk setempat memohon perhatian pihak yang berwajib untuk menyelesaikan isu tersebut.








