'Sedih tengok isteri terpaksa perah susu tapi anak dah tak ada' - The Reporter

‘Sedih tengok isteri terpaksa perah susu tapi anak dah tak ada’

“Dewi Faleesya anak ayah, susu ibu tak kering lagi. Ayah sedih tengok ibu terpaksa perah susu tapi Dewi dah tak ada,” demikian ayat yang ditulis oleh seorang bapa yang tidak dapat menanggung kesedihannya apabila anak perempuannya yang masih kecil telah meninggal dunia. Segala peralatan kelengkapan anak mereka menghantui perasaan mereka.
“Ayah ibu tak puas lagi jaga Dewi sayang. Macam mana ayah ibu nak balik rumah hadap semua baju seluar Dewi. Stroller Dewi. Crawling mat Dewi yang ibu order pun tak sampai. Ayah sayang Dewi. Ayah rindu nak tukar lampin Dewi sambil Dewi tengok ayah. Tunggu ayah ibu di syurga sayang,” tulis DaraSipir. 

Namun, tidak siapa dapat menjangka anak kecil yang baru sahaja bertentang mata dengannya pada awal pagi telah dikhabarkan meninggal dunia pada waktu petang tersebut. 
“Dewi, pagi tadi ayah ibu nak pergi kerja, Dewi gelak-gelak. Ayah cium pipi Dewi banyak kali. Dewi sihat, petang Dewi dah tinggalkan ayah ibu selama-lamanya. Dewi, ayah sayang sangat kat Dewi.”

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih seorang ayah sepanjang masa. Setiap ibu bapa semestinya ingin berikan perkara yang terbaik buat anak-anak demi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Ayah jaga Dewi straight tiga hari sebab ibu kena kerja. Ayah rindu mandikan Dewi. Sapukan losyen. Sapukan EO sebab takut Dewi kembung. Tukar pampers Dewi. Ayah rindu semua tu sayang.
“Dewi Faleesya anak ayah, susu ibu tak kering lagi. Ayah sedih tengok ibu terpaksa perah susu tapi Dewi dah tak ada.
“Tugas ayah ibu dah selesai ye Dewi. Kami dah cuba jaga Dewi sebaik mungkin, provide semuanya. Sampailah ibu mandikan jenazah Dewi dan ayah sambut di liang lahad. We missed you princess. Mainlah di taman syurga sana sayang.

“Dewi sayang, ayah tak nak nangis depan ibu. Ayah baca status ibu ni ayah menangis macam Dewi mintak susu sebab lapar. Allah, hujan ni. Lagi sayu hati ayah. I miss you sayang. Ayah, ibu rindu Dewi. Ayah tak boleh tidur. Pejam mata ingat Dewi gelak,” tulisnya.
Difahamkan, Dewi Faleesya anak kepada pasangan ini telah meninggal dunia di sebuah taska dan punca kematiannya disyaki kerana tersedak susu. 
Walaubagaimanapun, bapa kepada bayi ini tidak menyalahkan mana-mana pihak di dalam kes ini dan menganggap kesemuanya ini adalah merupakan takdir Allah.
“Terima kasih semua yang bagi sokongan dan doa. Memang Dewi meninggal di taska, tapi kami tak salahkan mereka. Staff semua baik, semua budak suka dorang. Allah lagi sayangkan Dewi. Kami redha. Terima kasih students sir yang doakan kami sekeluarga. Semoga Allah swt merahmati kita,” tulisnya.
Sumber: DaraSipir
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!