'Sebarang gangguan mental hanya valid kalau tak ambil ice' - Izara Aishah - The Reporter

‘Sebarang gangguan mental hanya valid kalau tak ambil ice’ – Izara Aishah

Isu kesihatan mental perlu dititikberatkan. Selain mendapatkan rawatan dengan pakar, pesakit juga memerlukan sokongan dan perhatian daripada individu terdekat.

Ada juga yang dikatakan mengambil jalan pintas dengan mengambil bahan terlarang dengan harapan dapat menyelesaikan tekanan dan masalah yang dihadapi.

Menerusi satu hantaran menerusi aplikasi X, Izara Aisyah mengetengahkan isu tersebut sehingga menarik perhatian ramai.

Izara menyatakan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental diperakui jika individu tersebut tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Perkara ini turut dipersetujui netizen yang menyatakan sesetengah individu mempunyai masalah tersebut yang tidak mendapat sokongan moral, akan terjerumus ke kancah berkenaan. Namun begitu, langkah yang dibuat sebenarnya bukan penyelesaian kepada masalah.

“Saya harap orang ramai memahami bahawa penggunaan dadah hanyalah satu kaedah biasa atau mudah bagi kebanyakan individu yang menghadapi cabaran kesihatan mental tetapi kurang sumber atau sokongan. Ia bukan satu penyelesaian, tetapi perlu mendapatkan bantuan kepada masalah tersebut,” kata Nurul Izzah.

Ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan meminta Izara tidak menyatakan dalam hantarannya apatah lagi apabila mengaitkan isu kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah.

Izara bagaimanapun menerangkan bahawa individu yang ketagih dengan dadah tidak dikategorikan sebagai pesakit mental.

Sumber: Izara Aishah

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!