'Saya tidak berkahwin dua, itu fitnah belaka' - Hafidz Roshdi akui masih sayang & mahu berbaik dengan Nurul Shuhada - The Reporter

‘Saya tidak berkahwin dua, itu fitnah belaka’ – Hafidz Roshdi akui masih sayang & mahu berbaik dengan Nurul Shuhada

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan 9 Mei untuk sebutan semula kes cerai pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. 

Ini berikutan Shuhada mendakwa Hafidz ada melafazkan cerai terhadapnya melalui aplikasi WhatsApp pada Januari lalu. 

Berkata kepada media, Hafidz menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan status rumah tangganya dan dalam masa dia mengatakan bahawa dia sanggup berbaik semula dengan Shuhada. 

“Saya diminta untuk tidak mengganggu pihak Shuhada dan mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi. 

“Mengenai anak, sudah tiga minggu tidak bertemu dan hanya berkomunikasi melalui panggilan video. 

“Harapan saya, kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan tiada sebarang perkara merumitkan. Saya serahkan kepada jodoh, itu jawapan saya. Rasa sayang itu 50-50,” katanya. 

Bapa kepada Humairah dan Umar itu turut menafikan dakwaan Shuhada kononnya dia sudah berkahwin kali kedua. Malah menegaskan dakwaan itu adalah fitnah.

“Saya tidak berkahwin lagi. Dakwaan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah belaka,” katanya. 

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!