'Saya terpaksa patah balik untuk collect burger tertinggal' - Pelanggan kesal staff restoran lakukan kecuaian - The Reporter

‘Saya terpaksa patah balik untuk collect burger tertinggal’ – Pelanggan kesal staff restoran lakukan kecuaian

Disebabkan kecuaian kakitangan terbabit, pengadu terpaksa keluar semula ke premis tersebut untuk menuntut pesanannya yang tertinggal.
Gambar sekadar hiasan sahaja

Media sosial hari ini heboh dengan penularan video kakitangan restoran makanan segera dimarahi pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kecuaian kakitangan premis tersebut.

Berdasarkan video berdurasi 1 minit, 34 saat itu, pengadu kesal apabila ada makanan yang dipesannya sebelum ini tidak disertakan dalam bungkusan. Hal itu disedarinya selepas sampai di rumah.

Disebabkan kecuaian kakitangan terbabit, pengadu terpaksa keluar semula ke premis tersebut untuk menuntut pesanannya yang tertinggal.

“Saya dah sampai rumah, nak makan. Terpaksa patah balik ke sini untuk collect satu cheeseburger. Awak rasa saya ada masa ke? Awak rasa saya ada masa nak datang ke sini balik?” katanya.

Sementara itu, netizen berkata, kakitangan sepatutnya memastikan pesanan pelanggannya lengkap sebelum dihantar.

“Cuba check betul-betul sebelum buat penghantaran. Orang lapar ni lain perangainya. Tahu korang ada banyak customer tetapi pasal makanan tak cukup itu tidak sepatutnya berlaku. Amalkan double check, jangan laju-laju. Relaks, asalkan makanan cukup. Ingat tu,” komen Ali Wira.

“Baru semalam kena. Tanya budak tu, betul eh double? Nak check depan dia, ‘Takpe cik, betul’. Sekali sampai rumah nah cheese je. Double takde. aduh ni burger orang lain yang dimasukkan,” komen Wahid.

Sumber: Twitter Malaysia Most Viral

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!