‘Saya takkan tunduk kepada provokasi, suami saya seorang muslim yang baik’ – Rihana

Laporan perceraian Rihana Oksana Gorbatenko dan Sultan Muhammad V sangat mengejutkan banyak pihak. Pelbagai media membuat laporan mengenai perkara itu di mana ada yang mendakwa perceraian itu telah berlaku, sementara di sebelah sana pula menafikan dakwaan tersebut. 


Dalam kenyataan terbaru Rihana di Instagramnya berkata, dia sendiri tertanya-tanya apa yang sedang berlaku dan mendakwa pihak media sengaja menyiarkan artikel-artikel yang dilabelkan sebagai sampah bagi mensensasikan laporan berita. 
SAYA tertanya-tanya, apa sebenanya yang sedang berlaku dan ‘sampah’ apa yang ditulis oleh media bagi mensensasikan berita.
Pertamanya ketika mendapat tahu mengenai berita perceraian itu, saya dan Leon berada di rumah kami di Rusia. Saya tak menerima sebarang sepina atau surat mahkamah.
Keduanya, suami saya seorang Muslim yang baik, dia tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuan saya.
Undang-undang Islam menyeru untuk melindungi wanita. Seseorang wanita mempunyai hak, dan seperti manusia biasa, walaupun berada di luar negara, dia perlu mempertahankan kedudukannya agar menjadi contoh kepada wanita lain yang berada dalam keadaan serupa.
Artikel-artikel terbaru yang disiarkan oleh media adalah tidak sah. Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal berniat untuk mempertahankan maruah keluarga saya.
Berdiam diri membawa maksud saya mengiyakan kebohongan. Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat saya, dan saya tak berhak untuk mengalah.
Sumber: Rihana Petra
Total
0
Shares
Related Posts