'Saya takkan halalkan RM42 tu!' - Peniaga dakwa discam, ramai dah jadi mangsa lelaki ini - The Reporter

‘Saya takkan halalkan RM42 tu!’ – Peniaga dakwa discam, ramai dah jadi mangsa lelaki ini

Penipuan baki RM42
Foto: FB Appellina

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang peniaga kecil-kecilan, Appellina Lynn, meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang cuba menuntut baki wang sebanyak RM42 secara tidak sah.

Menurut Appellina, lelaki tersebut datang ke gerainya menaiki kereta Honda Jazz berwarna biru dan mendakwa dia tidak memulangkan baki RM42 selepas membeli laksa.

“Saya tak halalkan jika niat nak menipu. Pelanggan ini datang ke kedai dan kata saya tak bagi baki RM42 selepas dia membeli satu laksa, semalam.

“Mula-mula saya tak percaya pun yang dia ada datang semalam. Sebab anak saya pun kata, lelaki ini tak ada datang. Dan kebetulan pula semalam memang ada pelanggan yang bagi note RM50, tapi cuma seorang saja.

“Tetapi pemandu kereta Honda Jazz ini tetap juga nak tuntut baki RM42. Saya bagi juga, tetapi hanya RM30.

“Kepada lelaki dalam gambar ini, saya tak halalkan sebab saya ingat siapa yang datang semalam. Semalam tak ramai pun yang datang membeli. Tak apalah, bukan rezeki saya hari ini,” katanya.

Appellina turut berkongsi gambar serta akaun media sosial lelaki terbabit yang dikenali sebagai Aguz Sumardy.

Mangsa lain mula tampil

Susulan pendedahan itu, beberapa peniaga lain tampil berkongsi pengalaman serupa mengenai lelaki tersebut.

“Hari itu, saya pernah terkena dengan orang ini. Dia kata, dia hulurkan RM50 semasa membeli pisang goreng berharga RM5 dan baki RM45 tidak dipulangkan. Tetapi apa yang mencurigakan, dia hanya datang selepas dua hari kemudian.

“Apabila ditanya kenapa baru sekarang nak datang, dia memberi alasan hari ini dia cuti. Selepas ini kena berjaga-jaga, orang seperti ini cuba mengambil kesempatan ke atas peniaga,” kata She Da.

Seorang lagi individu, Ummu Kholisah, mendedahkan ibu saudaranya turut menjadi mangsa lelaki yang sama.

“Warung sarapan mak mentua di Kangkar Pulai baru kena. Modus operandi yang sama, datang minta baki RM50 yang kononnya tak dipulangkan ketika membeli nasi lemak RM2.

“Dia datang pula semasa mak mentua tak ada. Dia cakap pada pekerja yang duit baki tak diberi. Rupa-rupanya merata tempat dia buat kerja macam ni. Memang tak halal la,” jelasnya.

Selain itu, ada sumber lain memaklumkan lelaki terbabit menggunakan taktik yang sama di beberapa stesen minyak sekitar Johor.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!