'Saya tak berdendam dengan Malaysia, lawak MH370 hanya sekadar 'memanaskan' penonton' - Jocelyn Chia - The Reporter

‘Saya tak berdendam dengan Malaysia, lawak MH370 hanya sekadar ‘memanaskan’ penonton’ – Jocelyn Chia

Jocelyn menjelaskan dia tidak menyimpan perasaan dendam dengan Malaysia ketika membuat lawak mengenai tragedi MH370.
Jocelyn Chia

Pelawak Jocelyn Chia mengakui dia tidak pernah menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap Malaysia. Sebaliknya, lawak tragedi MH370 yang digunakannya itu hanya sekadar untuk ‘memanaskan’ penonton sahaja.

Berkata kepada CNN, Jocelyn memaklumkan dia telah membuat persembahan lebih dari 100 kali dalam tempoh setahun dan tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah.

Tetapi apabila ada pihak yang memotong segmen berkenaan dan menularkannya di media sosial, menyebabkan beberapa konteks yang penting telah hilang.

“Saya memang melakukan setiap jenaka saya dengan berhati-hati. Saya berpegang teguh dengan lawak saya secara keseluruhan apabila ia ditonton di dalam kelab komedi.

“Apabila difikirkan, menjadikan keseluruhan persembahan kepada satu klip video pendek untuk tontonan luar daripada kelab komedia adalah sangat berisiko,” katanya.

Menurut Jocelyn, rakyat Singapura mempunyai saingan mesra dengan Malaysia dan itulah yang menjadi kepada dasar jenaka tersebut. Dan sudah menjadi budaya kebiasaan untuk pelawak komediri ‘memanaskan’ penonton dengan isu-isu sensitif seperti itu.

Jocelyn juga memaklumkan, penonton dari kalangan rakyat Malaysia sering datang menemuinya selepas habis persembahan, untuk memberitahu betapa mereka menyukai persembahannya. Jelas sekali mereka tidak tersinggung.

Bagaimanapun, jenaka itu telah menimbulkan gelombang kontroversi di Malaysia dan Singapura selepas video tersebut tular di media sosial sejak minggu lalu.

“Kita semua tahu dalam konteks kelab komedi bahawa ini adalah pelawak yang cuba membuatkan penonton ketawa dan tiada niat jahat di sebaliknya,” ujarnya.

Sumber: CNN, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!