Selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura, membuat pengumuman mengejutkan apabila beliau menyatakan telah bersara daripada membintangi sebarang drama atau program di stesen televisyen tempatan.
Bagaimanapun, Fazura menegaskan bahawa persaraan itu hanya melibatkan siaran televisyen tempatan sahaja. Beliau masih terbuka untuk menerima tawaran filem serta projek bersama platform penstriman antarabangsa seperti Netflix dan Viu.
“Saya secara rasmi mengumumkan persaraan daripada lakonan di semua stesen TV di Malaysia. Tinggallah kenangan-kenangan lama, kalau ada yang ingin mengingati, kenanglah memori yang pernah saya tinggalkan,” katanya.
“Untuk filem, Netflix atau Viu, saya masih terbuka. Masa depan kita tak tahu lagi, insya-Allah kalau ada rezeki, saya pertimbangkan. Tapi di TV Malaysia, saya memang sudah bersara,” tambahnya.
Baca juga:
- 3 Idiots bakal kembali, trio utama berdepan krisis usia pertengahan
- Usia bukan penghalang, Sabri Yunus kembali ke universiti pada umur 65 tahun
- Syed Saddiq & Bella Astillah pilih 10.10 sebagai tarikh bahagia
Sebelum ini tular di Thread, pelakon Namron memuat naik satu video klip beserta kapsyen merindui lakonan Fazura.
“Dah lama tak tengok Miss Fazura berlakon. Terubat juga rindu dapat tengok klip ni,” katanya.

Dalam hantaran tersebut Fazura membalas kenyataan itu dengan memaklumkan beliau sudah bersara dari lakonan di stesen televsiyen tempatan.
“Betul la tu bang… Dia dah bersara dari berlakon kat TV di Malaysia,” katanya.
Rata-rata peminat bagaimanapun meminta Fazura supaya tidak bersara dari dunia lakonan.








