Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular satu hantaran seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sebuah pusat mencuci kereta yang enggan bertanggungjawab di atas kerosakan kunci keretanya.
Disebabkan kejadian itu, wanita ini terpaksa menanggung kerugian RM575 untuk membuat kunci baharu.
Selain itu juga, wanita ini mendakwa turut dihalau oleh pemilik berkenaan dan tiada permohonan maaf dibuat.
Sedar isu ini mula tular, pemilik premis berkenaan dalam satu hantaran menyatakan akan membuat aduan perlindungan bukan ancaman.
Dalam hantaran itu juga, dia mengakui kesalahannya yang hilang sabar dan berkelakuan kurang sopan.
Namun katanya, video tersebut hanya merakamkan ketika dia bertindak kurang sabar, sebaliknya dia telah diancam oleh pelanggan.
Dakwaan tidak benar
Bagaimanapun, dia mendakwa dakwaan ke atasnya tidak benar, dia tidak mematahkan kunci tersebut.
“Saya mengakui kesalahan hilang sabar, kelakuan kurang sopan atas tuduhan kepada saya. Kelakuan saya tidak professional. Video tersebut hanya tayangkan apabila saya hilang sabar. Saya diancam oleh pelanggan dan sebab itu saya kelakuan kurang sopan.
“Sebab tuduhan patahkan kunci, itu saya tegak dengan kebenaran. Saya jujur tidak patahkan dan saya juga kenal diri saya sebagai seorang yang bertanggungjawab.
“Maaf sekali lagi dengan kelakuan saya yang tidak membawa kehormatan dan juga dipandang hina. Harap menjadi satu tauladan dan pelajaran untuk kita semua. Saya redha dengan fitnah dan ujian ini,” tulisnya.
Sumber: Monarch Automotive Detailing & Carwash – Johor Bahru